
Sinopsis
Lokman baru saja kematian isteri. Sejak dari itu pelbagai peristiwa menakutkan terjadi dan menimpa keluarga Lokman. Lokman tahu akan amalan yang pernah dilakukan oleh isterinya. Meskipun begitu Lokman tidak mahu rahsia itu pecah kerana bakal memalukan dirinya sendiri.
Lokman berusaha untuk mengupah orang membaca Al Quran ditanah kubur isterinya namun mereka juga diganggu. Ngah Yem mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Akhirnya Lokman terpaksa mendedahkan perkara sebenar. Ngah Yem menasihati agar Lokman mencari dukun yang pernah ditemui oleh arwah isterinya. Malang apabila Lokman mendapat tahu bahawa dukun yang pernah berurusan dengan isterinya telah meninggal. Lalu susuk yang pernah digunakan oleh isteri Lokman tidak dapat diputuskan.



