
Sinopsis
Kejadian seram yang menimpa Haji Akil sewaktu kanak kanak, kini menghantui keluarga anak lelakinya pula. Amdan yang tidak pernah mengetahui tentang kewujudan makhluk yang dipanggil Guntut, diuji dengan kehilangan anak bongsunya. Makhluk yang dikatakan muncul hanya pada waktu senja dan menculik kanak-kanak belum baligh mencetuskan ketakutan di kampung itu.
"Dari belakang nampak macam perempuan tua.…..badannya berbonggol dan membongkok ke bawah bila berjalan. Tapi bila aku tengok mukanya, bukan rupa manusia. Gigi dia panjang-panjang macam anjing!" - ADIB
Di masa lampau, du beradik perempuan berseteru dek kekurangan yang ada pada salah seorangnya. Siti Embun, cantik dan rupawan manakala Siti Awan dilahirkan dengan raut wajah terkenan muka binatang. Konflik di antara mereka semakin buruk apabila melibatkan ilmu hitam.
"Tapi kalau dah melibatkan jin dan setan ni, Karman….bukan benda main-main. Kau tak berada di tempat bunda. Perempuan tu ada kuasa luar biasa!" - ZAINAB
Apakah kaitan di antara kehilangan anak-anak kecil, kemunculan makhluk menggerunkan dan sengketa adik-beradik yang berlaku di zaman dahulu dapat memberi jawapan kepada Haji Akil dan keluarganya? Atau senja akan terus berdarah?



