Bellisa
Kamarynn
RM12.00
5 Bab
5.0
Baca sekarang

Sinopsis

22 tahun dahulu.
Kalau kail panjang sejengkal

Bell menoleh. Seorang pelajar lelaki, pendek, hitam dan banyak jerawat tersengih ke arahnya.
Bell: Ada apa?
Sekeping kertas berlipat dihulurkan.
Bell: Kenapa main hulur-hulur kertas ni? Tak boleh bercakap?
Pelajar lelaki itu senyum; Kelat.
Pelajar lelaki: Ambillah…
Bell akhirnya menggerakkan tangannya dan menarik surat yang dihulurkan. Dia cepat-cepat buka lipatan kertas tersebut.
Pelajar lelaki: Eh, jangan baca kat sini. Baca kat rumah. Saya malu.
Pelajar lelaki itu tersipu-sipu, kemudian berundur. Larikan diri.
Bell: Lorr, ni jenis Kajang Pak Malau Kajang Berlipat ke apa ni nak main bersurat-surat ni?
Bellisa anak Datuk, ayah dia CEO syarikat perkapalan. Mak dia doktor perubatan. Pelajar bijak. Peperiksaan A. Dia memang antara pelajar tingkatan 5 yang terkenal di sekolahnya. Memang ramai yang nak ngorat.
Bell membaca tulisan yang agak cakar ayam di atas kertas kajang berlipat yang dihulurkan tadi. Dia kemudian memandang Muna di sebelahnya.
Bell: Gosok gigi pun tak berapa nak lepas. Gigi kuning giler. Ada hati nak ngorat aku.
Muna: Dia tak tau ke kau dah ada pakwe? Selekeh betul.
Bell: Itulah. Satu sekolah tahu kot siapa pakwe aku. Katak bawah tempurung ke apa budak tu, hesy!
Mereka terus bergerak menuju kantin. Kelihatan pelajar bergerak memasuki ruangan kantin yang luas dan terbuka, macam itik beratur nak ke tempat makan. Zaman ni, belum ada media sosial. Belum ada telefon pintar. Nak ngorat, nak cari kakak angkat, nak cari adik angkat, memang biasa main hulur-hulur atau berkirim-kirim kertas atau surat.

Recommendation