Cinta Kita Happy Ending
Al-Rahiq Al-Makhtum
RM15.00
10 Bab
5.0
Baca sekarang

Sinopsis

Renee Ariana, penulis cinta nombor satu Malaysia. Popularitinya melangkaui dunia penulisan. Bukan saja bukunya laku keras tetapi kecantikan yang dimiliki menjadikan dirinya laris sebagai cover girl di majalah-majalah. Sehinggalah pada satu hari, tapa disangka- sangka kedudukannya dicantas oleh seorang penulis lelaki yang tidak dikenali.

"Hello! Aku takkan tergugatlah dengan penulis baru yang tumbuh macam cendawan lepas hujan ni. Lagi-lagi penulis lelaki. Orang lelaki kalau menulis cerita cinta, kejung! Tak ada feel. Beku! Langsung tak terkesan dek emosi. Dia orang mana faham jiwa perempuan yang halus?" - RENEE

Maka, perang psikologi pun bermula. Malangnya, penulis lelaki yang menjadi pesaingnya itu terus-terusan mendapat liputan dan perhatian. Renee yang tidak dapat menerima kenyataan, akhirnya memilih untuk bercuti di sebuah pula di Terengganu. Siapa sangka, di sana dia bertemu dengan seseorang yang dapat melembutkan hatinya.

"Bersangka baiklah dengan Allah, berdamailah dengan takdir..." - ASYRAF

Apakah ego seorang Renee Ariana akan tunduk? Siapa penulis lelaki mister it? Mungkinkah deruan ombak di pula Terengganu menjadi saki kepada sebuah cinta yang happy ending?

Recommendation